Rabu, 8 Mei 2013

Penjelasan berkenaan tsabitnya "Tabligh" keatas para Rasul & para Nabi A.S serta bahagian-bahagiannya...........






al-'Alim al-'Allamah al-Muhaddith Syeikh Abdullah al-Harari R.A


Maqalah ini adalah “istifadah” yang se dapek di dalam kitab “Sarih al-Bayan Fi al-Radd ‘Ala Man Khalaf al-Qur’an” (Penerangan yang Jelas di dalam Menolak Sesiapa yang Menyalahi al-Qur’an) karangan al-‘Alim al-‘Allamah al-Muhaddith Syeikh Abdullah al-Harari R.A,dalam salah satu maqalah (kitab ini) bertajuk “Bayan al-Farq Baina al-Rasul wa al-Nabiyy” (Penerangan tentang Perbezaan diantara Rasul & Nabi).
           



Sarih al-Bayan Fi al-Radd ‘Ala Man Khalaf al-Qur’an (karangan al-'Alim al-'Allamah al-Muhaddith Syeikh Abdullah al-Harari R.A)
 


Time se kocik-kocik marin…….se slalu ingat bezo para Nabi A.S & para Rasul A.S ni iolah para Nabi A.S ni mereka-mereka x monyampaikan wahyu…….& mereka-mereka A.S yang mulia-mulia ini jiko mondapek wahyu…….mereka A.S akan mengamalkan wahyu tersebut untuk diri mereka sendiri sahaja……..& x disebarkan kpado orang lain………
           

Bezo plak ngan para Rasul A.S………mereka-mereka A.S yang mulia-mulia ini pulo akan monyampaikan wahyu-wahyu yang mereka A.S tolah dapati daripada Allah S.W.T molalui Malaikat Jibril A.S…….jadi ni la antaro “ta’rif-ta’rif” perbezaan antaro para Nabi A.S & para Rasul A.S yang ado dalam kpalo se maso kocik-kocik dulu-dulu……..  


Sehinggolah sampai kpado satu kotiko……..se terbaco satu maqalah bertajuk “Bayan al-Farq Baina al-Rasul wa al-Nabiyy” dalam kitab “Sarih al-Bayan Fi al-Radd ‘Ala Man Khalaf al-Qur’an” oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Muhaddith Syeikh Abdullah al-Harari R.A…….dimano Syeikh Abdullah al-Harari R.A tolah menjustifikasikan “perbezaan-perbezaan” yang joleh & nyato apokah dio “bezo” antaro Rasul-rasul A.S & Nabi-nabi A.S……..sokaliguih tolah mombotulkan “ta’rifan-ta’rifan” yang ado dalam kpalo se slamo ini………Minallah Hadza al-Fadhl wa al-Minh…….


Syeikh Abdullah al-Harari R.A tolah monyatokan dalam maqalah Beliau R.A ini : “ Rasul-rasul A.S & Nabi-nabi A.S bersama-sama (syarik) di dalam (mendapat) wahyu……..maka mereka-mereka A.S ini semuanya telah diwahyukan oleh Allah S.W.T dengan syara’ (syariat) untuk diamalkan dengannya (serta) untuk “disampaikannya” (tablighkan) kepada manusia-manusia……..kecuali para Rasul A.S telah diwahyukan kepadanya dengan “penasakhan” sebahagian syara’ (syariat) sebelumnya……..iaitu (dengan) penasakhan sebahagian hukum-hukum (ahkam) yang ada pada zaman Rasul A.S yang sebelumnya……..atau dengan syara’ (syariat) baru iaitu hukum-hukum (ahkam) yang tidak diturunkan keatas mana-mana dari para Nabi A.S sebelumnya……..Adapun Nabi (A.S) yang bukan Rasul (A.S) (maksudnya disini ialah Nabi-nabi A.S yang bukan bertaraf Rasul A.S / Nabi bukan Rasul) maka dia (Nabi itu tadi) diwahyukan kepadanya untuk “menyampaikan” (tabligh) syara’ (syariat) Rasul (A.S) yang telah diutuskan sebelumnya……...& telah tersembunyi (x nampak) akan perkara (tentang tabligh) ini keatas kebanyakan orang ramai…….maka berlakulah kesalahan (kesilapan) pada mereka di dalam penta’rifan ini dan mereka mendakwa (mengatakan) sesungguhnya Nabi A.S (Nabi bukan Rasul) itu telah diwahyukan kepadanya syara’ (syariat) & dia tidak diperintahkan untuk menyampaikannya (wahyu itu tadi)……...& perkataan ini tidak layak (tidak sesuai/tidak wajar) dengan  maqam (kedudukan) kenabian……..maka sesungguhnya semua (setiap) para Nabi Allah (Anbiya’) diperintahkan untuk menyampaikan (tabligh kepada manusia)………& mereka semuanya telah menunaikan apa yang telah diperintahkan (oleh Allah S.W.T) kepada mereka (tabligh).…….”………


Inilah diantaro kalam-kalam muqaddimah (diawal-awal) maqalah ini……..& kemudian ea Syeikh Abdullah al-Harari R.A tolah menyatokan dalil-dalil serta pendapat-pendapat ulama’ yang kuat mongonai maksud-maksud perbezaan ini & ta’rif-ta’rif diantaro para Rasul A.S & para Nabi A.S itu……..se x tulih disini sobab dalil-dalil,hujjah-hujjah & pondapek-pondapek para ulama’ yang Beliau R.A tulih tu cukup banyak dan panjang……..walaupun maqalah (perbahasan tajuk) ini adalah diantaro maqalah-maqalah Beliau R.A yang bolehlah dikiro sebagai pendek……..sesiapo yang nak tahu maklumat ini lobih lanjut…….mako silo-silolah morujuk kepado maqalah tosobut……..  J


& se jugak suko untuk monambah istifadah tontang “Tabligh” & jonih-jonih (jenis-jenis/bahagian-bahagian) ea ni yang mano tolah disobutkan oleh Syeikh  Ahmad al-Fathani R.A di dalam kitab Beliau R.A yang terkenal iaitu “Faridah al-Faraid Fi cIlm al-cAqaid”……..& suko jugak se mongingatkan kpado anda-anda smuo bahawa yang akan se tulih dari kitab “Faridah al-Faraid Fi cIlm al-cAqaid” ini pado nisbah se adolah ilmu……..ini kerano se bolaja secaro mengambil bacaan & makno secaro musyafahah (talaqqi) dari guru se yang mongaja kitab ini iaitu Ustaz Azhar Hasyim………mako ionyo adolah ilmu kerano monopati syarat-syarat ilmu (syarat-syarat ilmu ado 5 sebagaimano yang tolah ditorangkan oleh Sidna Syeikh Mantan Mufti Diyar al-Misriyyah Syeikh Muhammad Ali Jum’ah…….InsyaAllah dikosompatan yang lain kami akan monorangkan pulo syarat-syarat ilmu yang tolah digariskan oleh Syeikh Ali Jum’ah ini molalui kuliah Beliau……InsyaAllah Bi Iznillah……)……



Faridah al-Faraid Fi cIlm al-cAqaid (karangan Syeikh  Ahmad al-Fathani R.A) 


Manokalo nisbah ea kpado anda-anda yang sodang mombaco bahagian nih adolah “maklumat” bukannyo ilmu………ini kerano anda-anda smuo tolah fawt (gugur) beberapo syarat-syarat ilmu tadik pado diri anda-anda yang tolah mombaco bahagian ini………mako disobabkan gugur ea beberapo syarat-syarat ilmu tadik……..mako ionyo monjadi “maklumat” disisi anda yang mombaco…….kocuali kpado yang memang botalaqqi secaro musyafahah monadah kitab yang barokah ini dongan Tuan-tuan Guru atau para Masyayikh………. 


Telah berkata Syeikh Ahmad al-Fathani R.A di dalam kitab Beliau R.A “Faridah al-Faraid Fi cIlm al-cAqaid” (m.s : 62-63 pada sifat ketiga bagi Rasul-Rasul A.S) iaitu : Ketiga : “tabligh” , ertinya “menyampaikan” barang yang disuruhkan mereka itu menyampaikan dia kepada makhluk. Maka adalah barang yang diwahyukan oleh Allah Ta’ala kepada segala Rasul itu tiga bahagi :

#          Satu bahagi menyuruh Allah Ta’ala akan mereka itu dengan ketiadaan menyampaikan dia kepada makhluk. Maka tiada harus bagi mereka itu dengan menyampaikan dia.


#        Dan satu bahagi memberi pilih Allah Ta’ala akan mereka itu padanya. Maka harus bagi mereka itu menyampaikan dia dan ketiadaan menyampainya.


#          Dan satu bahagi menyuruh Allah Ta’ala akan mereka itu dengan menyampainya. Maka telah menyampai mereka itu akan dia kepada makhluk, dan tiada menyembunyi mereka itu daripadanya akan sesuatu.


Dan mustahil lawannya, iaitu “menyembunyikan” barang yang tersebut itu. Dan dalil tabligh itu bahawasanya jika menyembunyi mereka itu akan suatu daripada barang yang disuruhkan mereka itu dengan menyampaikan dia niscaya adalah disuruhkan kita dengan menyembunyikan ilmu karena disuruhkan kita dengan mengikut mereka itu. Dan tiada sah bahawa disuruhkan kita dengan menyembunyi ilmu, karena orang yang menyembunyi ilmu itu dikutuki. Maka tsabitlah bagi mereka itu tabligh. Dan apabila tsabit ia, mustahillah menyembunyikan.



Faridah al-Faraid Fi cIlm al-cAqaid


Mako dongan ni jolehlah kpado kito bahawo para Rasul A.S & Nabi A.S ni kosomuo mereka-mereka menjalankan “tabligh” iaitu menyampaikan risalah-risalah yang telah diwahyukan oleh Allah S.W.T kepado mereka,sepertimano yang kito faham dari ponjolasan yang tolah dilakukan oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Muhaddith Syeikh Abdullah al-Harari R.A yang tolah se sertakan kalam-kalam Beliau R.A diawal-awal maqolah se tadik……….& se tambah sodikit pembahagian-pembahagian “tabligh” dari kitab Faridah al-Faraid Fi cIlm al-cAqaid karangan Syeikh Ahmad al-Fathani R.A……..




& Secaro rasmi ea jugak pomahaman se terhadap "para Nabi A.S tidak monyampaikan wahyu....... & wahyu yang didapati oleh mereka hanya diamalkan oleh mereka sahaja.......tidak disampaikan kepado umat-umatnya" maso se kocik-kocik maghin adolah "tertolak".......  J  mudah-mudahan samo-samo kito mondapek istifadah & manfaat………

Faridah al-Faraid Fi cIlm al-cAqaid


Maap andai ado kekurangan & kosalahan dalam menaqolkan kalam-kalam & konyataan-konyataan para ulama’ yang dipegang pondapek ea lagi dipercayai keilmuan mereka-mereka ini……..kalau ado mano-mano yang salah & silap…….mako silo-silo & sudi-sudilah mengkritik ponulisan ni………


Ok…….Jumpo laie lain maso yo…….mintak doa-doakan se & sekeluargo solamat Dunio & Akhirat………   J




Rujukan :



1.) Kuliah Kitab Faridah al-Faraid Fi cIlm al-cAqaid oleh Sidna Syeikh Ustaz Azhar Hasyim al-Hadhrami.


2.) Maqalah “Bayan al-Farq Baina al-Rasul wa al-Nabiyy” di 
dalam Kitab Sarih al-Bayan Fi al-Radd ‘Ala Man Khalaf al-Qur’an, al-‘Alim al-‘Allamah al-Muhaddith al-Faqih Syeikh Abdullah al-Harari R.A, Cetakan Ketiga 2008 (1429 H), Syarkah Dar al-Masyaric Li al-Tobacah Wa al-Nasyr Wa al-Tawzic, Bayrut, Lubnan. Ms : 233.


3.) Kitab Faridah al-Faraid Fi cIlm al-cAqaid, al-‘Alim al-’Allamah al-Faqih Syeikh Ahmad al-Fathani R.A, Cetakan Pertama 2001 (1421 H), Khazanah Fathaniyah Kuala Lumpur, Malaysia. Ms : 62-63.


Isnin, 22 April 2013

Pengumuman Sohib "Sahah"





Assalamualaikum............


Sotolah lamo mombiakan "Sahah" ini tobiar besawang hidup sogan mati tak ondak nih.........mako ese sebagai Owner & C.E.O telah mengambil keputusan rasmi untuk monyambung kombali ponulisan-ponulisan se semulo........



Cumo ea kali ni namo asal " Salam Dari Hayyu Sabi' " tolah dituka monjadi " مقالات الفوزاني " .........walaupun dituka namo........tapi ese morasokan hanyo sodikit perubahan akan berlaku mengikut citoraso Owner @ Sohib "ruang Sahah" ini.........



Manhaj se plak dalam monulih maqalah-maqalah disini buleh jadi sesuatu yang ilmiyyah.........or something dari eksperien-eksperien & ekspedisi.........atau pomikiran-pomikiran & pandangan-pandangan se.........so anda-anda smuo kok ado dalam maqalah-maqalah se ni bondo-bondo yang x anda-anda stujui.........bulehlah "campak buang" nyambil "molupokan" apo yang totulih..........sobab memang "kalam-kalam" orang macam se yang tak seberapo nih layak untuk "ditimbangtaro"..........mano yang baik........samo-samo kungsi........yang tidak........lupokanlah........


Akhir kato.........selamat membaco & jikalau anda ado komen-komen terhadap penulisan didalam "ruang" ese nih........silo-silo & sudi-sudi lah monghantar pado alamat email yang totoro kek laman se ni yo........ok.......Jumpo laie........InsyaAllah Bi Iznillah.......... 
J










Related Posts with Thumbnails