Ahad, 5 September 2010

"Allah Bersama Saya...Allah Maha Melihat Kepada Saya...Allah Maha Menyaksikan Keatas Saya.."










Malam ni malam ke 27 Ramadhan........beberapa hari lagi Bulan Ramadhan akan "pergi sambil melambai" meniggalkan kita. Dan Ramadhan mungkin seolah-olah bertanya kepada kita semua "Adakah KAMU betul-betul meraikan & memanfaatkan SAYA semampu yang boleh semasa SAYA ada bersama-sama kamu?" atau KAMU memandang SAYA hanya sekali lalu seperti bulan-bulan yang lain & KAMU biarkan SAYA pergi begitu saje?".........Soalan yang mudah dan ringkas dari Bulan Ramadhan kepada seluruh Umat Saidina Muhammad S.A.W , tetapi mampu membuatkan seluruh umat berfikir panjang & sedalam-dalamnya sebelum menjawab dengan ikhlas jawapan ini.........



Sempena malam yang mulia ni, duduk sejenak sambil membaca, menelili, memahami & sekaligus cuba untuk memahami sikap, sifat, amal serta kehidupan para Salafunas Soleh yang telah lama mendahului kita dari bermacam-macam aspek seperti ilmunya, taqwanya, zuhudnya & amalannya. Yang mana kata pepatah dari para ulama' , kalau cuba untuk mencontohi mereka sahaja sudah mendapatkan kejayaan & berkat, maka apatah lagi kalau betul-betul menjadi seperti mereka dari semua sudut.........nah cuba sama-sama kita renungkan!



Seorang ahli hadis, Hafiz besar Al-Imam Sufyan ibn Uyaynah R.A pernah mengatakan "Ketika mana (semasa) menyebut nama orang-orang soleh akan turun rahmat Allah!". Dan seorang penuntut hadis pernah bertanya kepada Imam Ja'far ibn Hamdan R.A "Wahai Tuan Syeikh! Apakah benar ketikamana menyebut nama orang-orang soleh akan turun rahmat dari Allah?" Maka Imam Ja'far ibn Hamdan R.A pun mengatakan "Bahkan (mengapa tidak)! Bukankah Sayyidina Rasulullah S.A.W kepala (ketua) bagi orang-orang yang soleh........?". Jadi mudah-mudahan dengan berkat malam yang penuh keberkatan & kemuliaan ini, luangkan masa untuk kita menyebut & membaca kisah orang-orang soleh dari kalangan umat ini.........moga-moga dengan membaca kisah-kisah mereka ini dapat meneguhkan hati kita, menguatkan azam & semangat kita, seterusnya cuba mengikut mereka yang telah berjaya ini.........mana tahu hanya dengan membaca kisah-kisah mereka, lahir mujahid-mujahid yang kuat semangatnya, muncul pelajar-pelajar yang sangat iltizam dalam menuntut ilmu, tergolong pula menjadi orang-orang soleh & auliya'-auliya' Allah di muka bumi ini.........semuanya tidak mustahil dengan Qudrat & Iradat Allah S.W.T Yang Maha Agung atas tiap-tiap sesuatu. Ameen Ya Rabb...........




Suatu hari Imam Abul Qosim Junaid Al-Baghdadi R.A, yang digelar oleh para ulama' dengan Sayyidut To'ifah (Ketua Kaum bagi Ahli Sufi) ingin mendalami Toriqoh (Ilmu Haqiqat).........lalu beliau pergi kepada pakcik saudara sebelah ibu beliau yang bernama Sariy As-Saqoti R.A. Beliau seorang yang sangat terkenal & mahir dalam bidang ini, merupakan guru para Ahli Sufi di zamannya (beliau berguru serta menjadi sahabat kepada Sufi Agung Sayyidina Ma'ruf Al-Karkhi R.A, seorang yang dikatakan maqam beliau antara salah satu tempat yang mustajab kalau berdoa & sentiasa diziarahi oleh orang ramai) untuk meminta galakan (nasihat) daripada pakciknya ini.........




Lalu pakciknya berkata.........Wahai Anakku! (menjadi salah satu budaya orang arab memanggil anak saudara mereka dengan panggilan anak) saya akan mentalqinkan (menyatakan) kamu 3 perkataan.........jika kamu nak tidur pada waktu malam, maka katakan kepada diri kamu semasa kamu nak tidur "Allah bersama sayaAllah Maha Melihat kepada saya (Allah Maha Melihat semua amal-amal saya) Allah Maha Menyaksikan keatas saya (Allah Maha Menyaksikan semua perbuatan saya)...........



Kemudian Imam Junaid R.A berkata "Saya melazimi (sentiasa melakukan) apa yang dipesan oleh pakcik saya ini selama lebih kurang (dalam tempoh) hampir sebulan...........



Setelah itu Guru saya berkata kepada saya (Imam Junaid R.A) "Wahai Anakku! Jika Allah S.W.T bersama kamu, dan Maha Melihat kepada kamu, dan Maha Menyaksikan keatas kamu.........maka adakah kamu boleh melakukan maksiat kepada-Nya?"



Kemudian Imam Junaid R.A berkata lagi "Maka Allah memberi manfaat kepada saya dengan kalimat-kalimat ini (3 kalimat yang dikatakan oleh pakciknya) sepanjang hidup saya (dengan berkat saya sentiasa mengamalkan kalimat-kalimat tadi), setiap kali saya ingin melakukan sesuatu maksiat.........saya akan teringatkannya (3 kalimah tadi) lantas saya tidak jadi hendak melakukan maksiat kepada-Nya seketika itu juga......!".....



Maka lihatlah bagaimana Imam Sariy As-Saqoti R.A mentalqinkan (memberitahu/menyatakan) kepada anak muridnya (dalam masa yang sama anak saudaranya) Maqam Muroqobah (tahap dimana seorang hamba beribadah sambil merasakan Allah S.W.T sangat-sangat dekat dengan dia & Allah Maha Melihat semua tindakannya), kerana maqom ini akan menyampaikan dia kepada Maqom Musyahadah Hati (tahap dimana seorang hamba beribadah kepada Allah dalam keadaan dia melihat Allah,& Maqom ini tinggi kedudukannya).........Ini adalah kisah yang ditulis oleh Al-Muhaddith As-Sayyid Abdullah Al-Ghumari di dalam kitab beliau yang bertajuk "Al-I'laam Bi Anna At-Tasawwuf Min Syari'atil Islam". Kisah ini saya terjemahkan dari kitab beliau ini, yang mana kitab ini mensyarahkan maksud Al-Ihsan dalam Hadis Sayyidina Jibril A.S (Hadis ini digelar hadis Saidina Jibril A.S oleh para ulama kerana didalam hadis ini ada menyebut Sayyidina Jibril A.S menyerupai seorang lelaki serta bertanya kepada Sayyidina Rasulullah S.A.W pelbagai soalan-soalan yang berkaitan dengan Iman, Islam& Ihsan lalu Rasulullah S.A.W menjawab soalan-soalan tersebut sambil Sayyidina Jibril  A.S mengiyakannya. & Kemudian Rasulullah S.A.W memberitahu sahabat-sahabat Baginda R.A bahawa yang datang tadi adalah Sayyidina Jibril  A.S yang datang untuk mengajarkan Ilmu kepada para Sahabat R.A) yang mana didalam hadis tersebut Al-Ihsan itu ada 2 intipati penting iaitu Maqom Muroqobah & Maqom Musyahadah..........dan cerita ini menyatakan betapa pentingnya Maqom Muroqobah di awal permulaan seorang hamba dalam mendekatkan diri kepada Allah sebelum dia dikurniakan maqom yang lebih tinggi lagi oleh Allah iaitu Maqom Musyahadah Hati (disebut dengan musyahadah hati kerana musyahadah ini hanya diberikan kepada hamba-Nya dengan nisbah hati, kerana orang Mu'min akan dapat melihat Allah secara zahir hanya di akhirat kelak, manakala Musyahadah Haqiqi mengikut pendapat ulama', musyahadah jenis ini hanya diberikan kepada seorang sahaja Hamba-Nya di dunia ini iaitu Sayyidina Rasulullah S.A.W..........Wallahu Ta'aala A'laam........)........



Dan berdasarkan kisah ini saya teringat kata-kata salah seorang dari syeikh kita semua (Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki) di dalam salah satu kuliah beliau yang sempat saya ikuti secara jauh.........beliau berkata "Kalau hendak menjadi Alim.........duduk bersama (belajar dengan) orang-orang yang Alim. Kalau mahu menjadi orang yang dekat di sisi Allah.........duduk (bersahabat & minta nasihat) dengan orang-orang yang dekat di sisi Allah. Kalau ingin diri menjadi mulia.........maka duduklah (bersahabat) di samping orang-orang yang mulia.........".........Begitulah kata-kata beliau seingat saya.........& dari kisah Imam Junaid Al-Baghdadi R.A tadi, maka kita dapati ada benarnya kata-kata Syeikh Nuruddin...........kerana Imam Junaid R.A datang kepada pakciknya (dalam masa yang sama gurunya juga) untuk meminta bimbingan & nasihat dari orang-orang yang dekat dirinya dengan Allah S.W.T..........



Sebab itu para ulama' amat menekankan konsep dengan siapa kita belajar & dari mana kita mengambil "Ilmu"........lebih-lebih lagi Ilmu Agama........kerana ia memainkan peranan penting kepada pemikiran & ilmu kita. Adakah "ilmu" itu benar @ salah.......kalau benar macamana pemahamannya pula........mestilah dengan cara pertanyaan & perbincangan dengan guru kita itu........Sebab itu mereka amat menekankan kepada generasi sekarang agar mencari & mendampingi (belajar) dari guru-guru yang bersifat Mursyid (lurus lagi benar bimbingan & petunjuknya) & yang dekat dengan Allah S.W.T.........



Seperti kata salah seorang tabi'en yang terkenal Syeikhul Islam Al-Imam ibn Sirin R.A (beliau anak seorang wanita yang bekerja di bawah Ummul Mu'minin Ummu Salamah R.A, & Sirin itu pula adalah nama ibu beliau R.A) dalam salah satu kata-kata beliau R.A yang mahsyur........."Hadis ini (apa saja yang datang dari Sayyidina Rasulullah S.A.W, untuk diajarkan kepada manusia dari sumber Al-Quran & Sunnah, kerana kedua-duanya ini adalah Usul Agama) adalah agama (iaitu apa yang wajib keatasnya untuk diimani & dipercayai), maka lihatlah kamu semua dari siapa kamu mengambil agama (ilmu-ilmu & kepercayaan) kamu.........".........Maka terus saya teringat penerangan dari guru kita Syeikh Husni dalam "Dawroh al-Syamail al-Muhammadiyyah" semasa beliau mensyarahkan maksud athar Tabi'en ini.........Beliau berkata "Sebab itu sebelum kamu semua belajar dengan mana-mana gurupun........pertama-tama sekali lihat siapa guru kamu itu.........kalau belajar dengan guru yang Muktazilah.........jadi Muktazilah dia. Kalau berguru dengan gurunya itu Syiah.........jadi Syiah diaKalau berguru dengan Wahhabi (segelintir golongan yang mengaku memahami betul jalan Salafunas Soleh, tetapi kadang-kadang mereka radikal dalam pemahaman & pemikiran........Wallahu A'laam.......).....maka akan jadi Wahhabi dia.........".........Ketawa kami-kami ini semuanya dengan kalimah yang terakhir itu tetapi apa yang beliau cakapkan itu ada benarnya. Mudah-mudahan Allah S.W.T mensuhbahkan kita bersama guru yang mempunyai petunjuk yang lurus & dekat ahwalnya dengan Allah S.W.T.........Perkenankanlah doa kami ini Ya Allah...........



Akhir kata........moga-moga kisah ini dapat memberikan kita manfaat & faedah yang besar kepada kita semua untuk menjadi hamba Allah S.W.T yang kalau dia bercakap........cakapnya didengari. Kalau memberi nasihat........nasihatnya diikuti. Kalau bersama dengan orang ramai.........dirinya disenangi & kalau berdoa kepada Allah.........InsyaAllah dimaqbuli. Kerana sifat-sifat ini adalah sifat orang-orang dikasihi oleh Allah & rapat dengan-Nya.........Mudah-mudahan kita semua tergolong di dalam golongan-golongan yang dikasihi Allah.........Kadang-kadang hanya dengan membaca kisah orang-orang soleh saje, dapat menjadikan seseorang itu tergolong dalam hamba-Nya yang soleh serta dinaikkan darjat disisi-Nya.........Kerana Allah S.W.T kalau hendak menjadikan seseorang hamba itu menjadi salah seorang dari Auliya'-Nya, maka perkara itu amat mudah sekali bagi-Nya. Dan kalau Allah S.W.T hendak menghinakan & menjatuhkan seseorang itu menjadi salah seorang dari yang Dimurkai-Nya, maka perkara itu pun amatlah mudah Bagi-Nya (Wal 'Iyazu Billah.......)..........& saye meminta maaf kalau ada terjemahan kisah di atas yang tidak tepat mengikuti kefahaman dari anda sekalian yang pernah membaca kisah ini........kerana memang adat manusia yang haqiqatnya lemah di sisi Allah S.W.T itu selalu salah @ kadang-kadang tersilap dalam melakukan sesuatu perkara.........padahal semuanya itu datang daripada Allah jua haqiqatnya..........Wallahu A'laam...........



Semoga jumpa lagi di lain masa & doakan saye ye kawan-kawan.........Assalamualaikum.........!!





"Ketika menyebut nama orang-orang soleh akan turun rahmat......." - Al-Hafiz Sufyan ibn Uyaynah - .




Rujukan:

1) Al-I'laam Bi Anna At-Tasawwuf Min Syari'atil Islam - al-'Alim al-'Allamah al-Muhaddith Syeikh al-Sayyid Abdullah al-Ghumari. Cetakan Maktabah Al-Qaherah, Mesir.

2) Al-Mawahib Al-Muhammadiyyah Bi Syarhi Syamail At-Tirmiziyyah - al-Syeikh Sulaiman Bin Umar Bin Mansur al-'Ajili Ma'ruf (lebih dikenali dengan) Bi "Jammal". Cetakan Darul Kutub Ilmiyyah, Beirut(Lubnan).

3) Kuliah-kuliah & Dawroh Syeikh-syeikh (mana-mana yang sempat pergi & teringat........)

Rabu, 28 Julai 2010

Assalamualaikum....


Assalamualaikum & salam Ukhwah dari saye kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali saye secara langsung atau tidak.Laman ini dibuat untuk kita sama-sama mengambil manfaat & berkongsi sedikit tentang ilmu-lmu serta pengalaman-pengalaman hidup.Jikalau ade benda-benda disini yang tidak anda sukai atau menyakitkan hati maka saye memohon jutaan maaf kepada anda semua tanda persahabatan saye & anda.Sebarang komen-komen & teguran-teguran yang membina dari anda amat saye alu-alukan.Semoga laman ini mengeratkan lagi hubungan sesame kita sebagai saudare seislam walaupun dimana saje kite berada....Akhir kata dari saye,semoga anda semua sentiasa ceria & bahagia dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran.ok....jumpe lagi nanti.
Related Posts with Thumbnails