Jumaat, 24 September 2010

Aidilfitri.....Suatu nikmat yang perlu disyukuri.





Nikmat yang Allah S.W.T beri kepada kita memang banyak sekali bahkan terlalu banyak & takkan dapat dihitung oleh kita.Nikmat yang sedia ada seperti apa yang Allah bagi pada kita contohnya telinga,mata,hidung,mulut & sebagainya….InsyaAllah selagi kita masih bernyawa,sihat & mampu untuk menggunakannya dengan baik,maka selama itulah nikmat tersebut perlu kita gunakan & hargai dengan sebaik mungkin.Itu nikmat yang kita nampak atau yang kita sedari,macamana pulak dengan nikmat-nikmat Allah yang lain…yang kadang-kadang kita terlepas pandang bahkan selalu lupa? Yelah…yang namanya insan tu memang selalu lupa.Kalau tak takkan la manusia dipanggil الإنْسَانَ yang mana dalam Bahasa Arab diambil dari kata نسي yang membawa maksud “lupa”. Jadi manusia atau insan ni memang sifatnya selalu lupa la kan….melainkan orang yang sentiasa ingat kepada Allah & tidak lalai dalam mensyukuri nikmat-Nya….




Dan antara nikmat Allah yang diberikan-Nya kepada kita….tak lain tak bukan salah satunya adalah Hari Raya Aidilfitri yang baru saje kita sambut.Sebab apa dikatakan nikmat? Sebab Aidilfitri a.k.a Hari Raya pada 1 Syawal ni adalah hari dimana umat Islam memanjatkan tanda kesyukuran selepas sebulan berjaya mengerjakan ibadah puasa di Bulan Ramadhan….ha…kan yang namanya “memanjatkan kesyukuran” tu bererti “mengucapkan terima kasih” keatas nikmat-Nya itu iaitu Hari Raya Aidilfitri ni! Dan dalam erti kata lainnya…kalau kita bersyukur di atas Aidilfitri yang telah kita sambut….maka kita tak lain tak bukan telah ber “terima kasih” kepada Allah secara tidak langsung kerana Hari Raya juga merupakan antara nikmat-nikmat Allah kepada hamba-Nya….dan bukan saje hari itu yang nikmat,malah segala yang kita lalui pada hari itu pun…tak terhitung nikmatnya. Kenapa tidak? Masa Hari Raya la nak jumpe “makanan yang susah nak dapat” ataupun “setahun sekali je boleh jumpe”. Contohnya ketupat,lemang,macam-macam jenis kuih raye,sedare-sedare yang setahun sekali baru boleh tengok muke (sorry la kalau ade yang terase….yang cakap ni pun same je…malah maybe lagi teruk kot…hihihi) sahabat handai yang mungkin kalau jumpe buat kite tertanya-tanya “pernah ke kite jadi member dulu?” ….& macam-macam lagi la kan….tetapi yang paling pentingnya macam mane kite mensyukuri semua ini pada Hari yang penuh nikmat ni….




Penting untuk kite ingat semula nikmat-nikmat ni…sebab Allah Ta’ala berfirman didalam kitab-Nya :


فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

yang bermaksud : ”Maka dengan nikmat Tuhan (Allah) kamu yang manakah,yang telah kamu dustakan?”, ayat 13 dari Surah Ar-Rahman. Dimana Jin-jin yang telah mendengar ayat ini dari Saidina Rasulullah S.A.W,mereka semua (jin-jin tersebut) mengatakan “Dan tidak ada dari sesuatu pun nikmat-nikmat kamu (Ya Allah) yang kami dustakan, Maka bagi-Mu (Ya Allah), segala pujian”. Jin-jin tersebut mengatakan sedemikian kerana mereka merasa “terkesan” dengan ayat ini yang dibacakan oleh Saidina Rasulullah S.A.W. Kisah atau hadis ini telah dirakamkan oleh Al-Hafiz At-Tirmizi didalam kitab sohihnya, hadis no.3291 Bab Tafsir Surah Ar-Rahman, pada bahagian Kitab Tafsir Al-Quran. Jadi kalau kite lihat dan fahami maksud ayat ini,maka kita akan dapati khitobnye (pada siapa ayat ini ditujukan) adalah kepada As-Tsaqolain (2 golongan yang ditaklifkan dengan bebanan syara’, merujuk kepada golongan jin & manusia). Dan ayat ini telah diulang-ulang oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya sebanyak 31 kali dalam surah ni….ha….cuba fikirkan….rase-rase semua tau kot…kalaulah dikatakan mensyukuri nikmat Allah tu tidak penting,maka kenapa Allah menanyakan kepada hamba-Nya dengan pengulangan yang berkali-kali?




Dah lame tak beraya kat Malaysia ni…hampir-hampir lupe pulak macam mana suasananya.Malam Raya hari tu,lepas je solat Isya’ di Surau…jemaah beramai-ramai memulakan perjalanan “Takbir Raya”…so…ambik la kesempatan follow sekali kan,sebab masa zaman high-school dulu…rajin je ikut.Bukannye ape,pertama…dapat ziarah jiran tetangga sambil makan-makan juadah Hari Raya dekat rumah mereka,kedua…dapat bercampur dengan masyarakat & mengeratkan silaturrahim sesama mereka, & yang ketiga…ambil berkat untuk bergabung dengan orang-orang yang mulia…mudah-mudahan jadi mulia disisi Allah S.W.T…Tapi kali ni,tak macam tahun yang dulu-dulu.Dulu habis dalam sekitar pukul 1.30 pagi la…tapi hari tu…fuh, sampai pukul 2.30 pagi.Terdengar seorang pakcik tu cakap kat kawan dia “kali ni dalam sejarah takbir rumah ke rumah ni habis pukul 2.30”. Bila fikir-fikir balik rasa macam jaulah (kembara a.k.a jelajah) pun ada, bukan macam ziarah dah…sebab terlampau lama. Bayangkan dari lepas Isyak sampai 2.30 pagi.Tu baru 24 buah rumah tu. Kalau dibuatnya takbir semua rumah penduduk yang ada kat Taman ni, alamatnya sampai subuh la baru habis… Tersenyum je saye dengar pakcik tu cakap macam tu…letih tu memang la letih,tapi gembira jugak sebab lama dah tak rasa suasana macam ni…




Satu malam…rakan saye dari zaman hingusan sampai la sekarang (memang kawan rapat la dari kecil dulu sampai sekarang dengan budak 2 orang ni,dah macam rasa 3 Musketeers pun ade gak) datang rumah…Dik Dang (Azhar) memulakan pelawaan “Zie,kiteorang nak ajak kau raya rumah member-member lama masa kita Sekolah Senaling dulu,semua budak-budak ni nak jumpa kau.Omar,Iqbal.Acap…semua nak jumpa kau”…Saye cakap balik ”Mmm…tapi…den tak kenal dah budak-budak ni,serius…lama dah tak jumpe…zaman sekolah rendah pulak tu.Ntah-ntah diorang pun tak kenal den lagi!”. Dik Dang & Halim jawap ”Takpe de…Diorang masih ingat kau & diorang pun nak sangat jumpa kau…pergilah siap…kiteorang tunggu kat kereta!”…Dulu saya pernah terfikir hendak tahu macamana kawan-kawan saya masa sekolah rendah dulu…apa yang mereka buat sekarang? Tapi tu hanya lintasan di fikiran je…Dengan hanya lintasan sekilas tu je…terus je Allah bagi saye peluang & kesempatan untuk berjumpa dengan rakan-rakan zaman sekolah rendah. Rasa bersyukur juga dengan nikmat yang Allah bagi ni…Walaupun saye tak jumpa semua…tapi banyak la tahu hal-hal kawan-kawan yang lain dari mereka yang berkumpul malam tu.Rupa-rupanya diorang semua memang ingat! Cuma saye je tak ingat…maaf geng!




Diorang bincang-bincang pasal member-member lame yang dapat diorang jumpe melalui fb…ooo,patut la diorang tahu banyak pasal keadaan member-member lain….”Zie,kau takde fb ke?”,sorang member tanye….”Takde la…”.”kau kene buat satu….kalau kau buat senang la kiteorang nak reunion atau buat alumnai bekas pelajar Sekolah Rendah Senaling”…Dalam hati saye ”Aku bukan taknak buat …tapi sejak kes gempak menghina Rasulullah S.A.W tu…buat aku patah hati nak buat fb”




“Hari ni pastikan rumah kite bersih sebab ade orang jauh nak datang...!”. ”Ye ke,orang dari mane mak!”…Saye bertanya. ”Saudara mak dari Simpang Renggam…jauh tempat tu…bawah sikit dari Kulai!”.”Ooooo”. Jemput la pakcik tu dengan keluarga dia pakai motor sebab kata mak dia memang tak pernah datang rumah ni. Ni kire first time la dia sampai sini. Saudara mak yang sampai tu membuatkan saya memikirkan mukanya yang mirip Abahtuk di kampung….”Asal muke pakcik ni macam familiar je…tapi aku tak pernah jumpe pun!”,getus hati kecilku….Masa dieorang nak berangkat pulang, saye pun memberanikan diri bertanya pakcik tu…”Muke pakcik ni macam serupe jek dengan atuk saye…!”.Mak yang dengar pertanyaan saye terus jawap ”Memang la bang...saudara mak ni anak buah Abahtuk….Dia ni anak kepada adik Abahtuk..!”…”Owh…patutla ade iras-iras…”.pakcik tu pulak memandang saye sambil tersenyum….




“Hello…sape ni…sape yang tengah bercakap ni!”.Mak bertanya dengan orag yang bercakap di talian.”Oooo….alahai…lame dah tak jumpe!, tak sangka pulak nak datang beraya sini…ha datang-datang!....nanti saye mintak anak saye jemput…! ”Mak! sape tu mak”…”Kawan mak nak datang beraya sini…dia pun dah lama emak tak jumpa sejak mak keluar dari Kolej Jururawat di JB dulu…& dia tu bekas ketua kumpulan mak masa belajar dulu…dia tak pernah sampai rumah ni…!” balas mak. Baru je nak jemput…tup-tup ade satu kereta berhenti depan rumah…”Assalamualaikum…dik!mak ada rumah?” Sebaik saje makcik tu nampak mak keluar dari rumah…”Salam Zaharah…lame dah kite tak jumpe…22 years tak jumpe…rindu sangat” makcik tu peluk mak…Huh, biar betul ni…dah macam jejak kasih pulak rasanye…




“Kawan mak tu memang baik orangnya…sanggup dia datang Kuala Pilah ni semata-mata nak cari kawan-kawan lame dia….”,kata mak. Bagus betul semangat ukhuwwah kawan mak ni…terus terfikir adakah aku menghargai semangat ukhuwwah seperti ini…mmmm…..




“Tahun ni Raya yang paling meriah sekali sebab ramai orang yang jauh-jauh & yang tak pernah datang rumah kite…datang beraya…!” Kata mak pada saya suatu hari…Betul jugak,sebab ramai yang saya tak pernah kenal atau lupa datang beraya.Maha suci Allah yang menggerakkan hati mereka untuk berziarah & datang beraya ke rumah….




Kalau direnung-renungkan balik….memang semua ni nikmat Allah…Sebab dengan kekuasaan-Nya lah,dapat kita berjumpa dengan orang-orang yang sudah lama terpisah…padahal kita tidak menjangkakan yang kita akan bertemu dengan mereka suatu hari nanti…tau-tau Allah temukan mereka dengan kita…syukur pada-Mu Ya Allah…




Dan disebalik kegembiraan dengan nikmat-nikmat yang Allah bagi kepada kita pada Hari Raya ni…jangan kita lupa pula tentang orang yang hidupnya dilanda kesedihan pada bulan Syawal ini. Lupakah kita tentang kisah jutawan kosmetik, Puan Sosilawati Lawiya & rakan-rakannya yang dibunuh kejam! Macamana perasaan keluarga mangsa…& macamana pula dengan nasib penduduk Muslim Pakistan yang beraya dalam keadaan sehelai sepinggang disebabkan bencana banjir paling teruk dalam sejarah yang melanda negara mereka….kemudian kisah pelarian Muslim Rohingya yang terpaksa beraya secara “merempat” di negara kita , & negara yang membenarkan mereka berteduh…disebabkan hak & kewarganegaraan mereka tidak diiktiraf oleh kerajan Myanmar (kerajan mereka)…mereka ditindas di negara sendiri oleh junta tentera Myanmar kerana majoriti puak Rohingya beragama Islam…& disebabkan ini mereka terpaksa melarikan diri keluar dari Myanmar dan mendaftar sebagai pelarian yang dilindungi di bawah UNHCR.




Jadi kita sebagai orang yang bersaudara seagama dengan mereka , & orang yang telah diberi nikmat oleh Allah beraya dalam keadaan tenang serta aman…maka apalah kiranya kita menadah tangan berdoa kepada Yang Maha Kaya agar Allah menenagkan & mengamankan hati saudara-saudara kita. Moga-moga mereka dapat menjalani kehidupan di bulan Syawal ini dalam keaadaan hati yang tenang, tabah & redho kepada Allah. Sekaligus menunjukkan kita sebenarnya bersyukur kepada Allah atas nikmat yang telah diberikan-Nya….Tunjukkan dari diri kita rasa “KAMI PEDULI” dengan setiap situasi yang melanda umat Islam. Kalau tidak dapat dengan bantuan harta & usaha…maka dengan doa yang ikhlas sebagai saudara seislam juga amat dituntut & dialu-alikan oleh agama. Kan umat Islam tu diumpamakan kalau satu terasa sakit…maka yang lain turut juga merasai sakitnya….




Akhir kata dari saye,sentiasalah kita menjadi hamba yang bersyukur…kerana hamba yang bersyukur itu amat sedikit bilangannya.Dan kepada oraang yang lupa mensyukuri-Nya….


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ


Maksud ayat : Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu (Allah) memaklumkan…”Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu,dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. Surah Ibrahim ayat 7.




Dan kalau kita merasakan bahawa nikmat yang Allah beri kepada kita belum lagi cukup…maka mintalah kepadanya walaupun nikmat itu seumpama memenuhi bumi-Nya sekalipun…kerana kalau kita meminta kepada-Nya semua nikmat-nikmat itu, kekuasaan Allah & kerajaan-Nya tidak berkurang atau bertambah sedikitpun. Kerana Allah itu Maha Kaya & tidak berhajat sedikitpun kepada sesiapa…asalkan kita bersyukur atas setiap nikmat-Nya…maka Dia akan menambahkan lagi kepada kita nikmat-nikmat lain samaada yang kita pinta atau tidak…




Mudah-mudahan dengan kita mensyukuri nikmat Allah yang sedikit daripada semua nikmat yang telah diberikan-Nya kepada kita…maka Allah menggolongkan kita ke dalam hamba-hambanya yang diredhoi….Amin Ya Rabb….




Ya Allah….golongkanlah kami kedalam golongan hamba-Mu yang bersyukur….jutaan maaf kalau ada salah silap dalam tulisan ini, atau ada yang terasa…mohon maaf dari saye…Assalamualaikum!





Jumpa lagi…Doakan saye!





“Kadang-kadang hanya dengan lintasan hati atau fikiran saja…keinginan yang difikirkan itu terus saja diberi sebagai tanda nikmat dari-Nya…jadi, terpulanglah pada kita bagaimana untuk mensyukurinya…” - ZieFauzani -

Ahad, 5 September 2010

"Allah Bersama Saya...Allah Maha Melihat Kepada Saya...Allah Maha Menyaksikan Keatas Saya.."

Malam ni malam ke 27 Ramadhan...beberapa hari lagi Bulan Ramadhan akan "pergi sambil melambai" meniggalkan kita.Dan Ramadhan mungkin seolah-olah bertanya kepada kita semua "Adakah KAMU betul-betul meraikan & memanfaatkan SAYA semampu yang boleh semasa SAYA ada bersama-sama kamu?" atau KAMU memandang SAYA hanya sekali lalu seperti bulan-bulan yang lain & KAMU biarkan SAYA pergi begitu saje?".....Soalan yang mudah dan ringkas dari Bulan Ramadhan kepada seluruh Umat Saidina Muhammad S.A.W ,tetapi mampu membuatkan seluruh umat berfikir panjang & sedalam-dalamnya sebelum menjawab dengan ikhlas jawapan ini...



Sempena malam yang mulia ni,duduk sejenak sambil membaca,menelili,memahami & sekaligus cuba untuk memahami sikap,sifat,amal serta kehidupan para Salafunas Soleh yang telah lama mendahului kita dari bermacam-macam aspek seperti ilmunya,taqwanya,zuhudnya & amalannya.Yang mana kata pepatah dari para ulama' , kalau cuba untuk mencontohi mereka sahaja sudah mendapatkan kejayaan & berkat,maka apatah lagi kalau betul-betul menjadi seperti mereka dari semua sudut.....nah cuba sama-sama kita renungkan!



Seorang ahli hadis,Hafiz besar Al-Imam Sufyan ibn Uyaynah pernah mengatakan "Ketika mana(semasa) menyebut nama orang-orang soleh akan turun rahmat Allah!".Dan seorang penuntut hadis pernah bertanya kepada Imam Ja'far ibn Hamdan "Wahai Tuan Syeikh! Apakah benar ketikamana menyebut nama orang-orang soleh akan turun rahmat dari Allah?" Maka Imam Ja'far ibn Hamdan pun mengatakan "Bahkan(mengapa tidak)! Bukankah Saidina Rasulullah S.A.W kepala(ketua) bagi orang-orang yang soleh?".Jadi mudah-mudahan dengan berkat malam yang penuh keberkatan & kemuliaan ini,luangkan masa untuk kita menyebut & membaca kisah orang-orang soleh dari kalangan umat ini....moga-moga dengan membaca kisah-kisah mereka ini dapat meneguhkan hati kita,menguatkan azam & semangat kita,seterusnya cuba mengikut mereka yang telah berjaya ini...mana tahu hanya dengan membaca kisah-kisah mereka,lahir mujahid-mujahid yang kuat semangatnya,muncul pelajar-pelajar yang sangat iltizam dalam menuntut ilmu,tergolong pula menjadi orang-orang soleh & auliya'-auliya' Allah di muka bumi ini....semuanya tidak mustahil dengan Qudrat & Iradat Allah S.W.T Yang Maha Agung atas tiap-tiap sesuatu.Ameen Ya Rabb......



Suatu hari Imam Abul Qosim Junaid Al-Baghdadi,yang digelar oleh para ulama' dengan Sayyidut To'ifah(Ketua Kaum bagi Ahli Sufi) ingin mendalami Toriqoh(Ilmu Haqiqat)...lalu beliau pergi kepada pakcik saudara sebelah ibu beliau yang bernama Sariy As-Saqoti.Beliau seorang yang sangat terkenal & mahir dalam bidang ini,merupakan guru para Ahli Sufi di zamannya (beliau berguru serta menjadi sahabat kepada Sufi Agung Ma'ruf Al-Karkhi, seorang yang dikatakan maqam beliau antara salah satu tempat yang mustajab kalau berdoa & sentiasa diziarahi oleh orang ramai) untuk meminta galakan(nasihat) daripada pakciknya ini....



Lalu pakciknya berkata....Wahai Anakku!(menjadi salah satu budaya orang arab memanggil anak saudara mereka dengan panggilan anak) saya akan mentalqinkan(menyatakan) kamu 3 perkataan.....jika kamu nak tidur pada waktu malam,maka katakan kepada diri kamu semasa kamu nak tidur "Allah bersama saya,Allah Maha Melihat kepada saya(Allah Maha Melihat semua amal-amal saya) Allah Maha Menyaksikan keatas saya(Allah Maha Menyaksikan semua perbuatan saya).......



Kemudian Imam Junaid berkata "Saya melazimi(sentiasa melakukan) apa yang dipesan oleh pakcik saya ini selama lebih kurang(dalam tempoh) hampir sebulan.....


Setelah itu Guru saya berkata kepada saya(Imam Junaid) "Wahai Anakku! Jika Allah S.W.T bersama kamu,dan Maha Melihat kepada kamu,dan Maha Menyaksikan keatas kamu....maka adakah kamu boleh melakukan maksiat kepada-Nya?"


Kemudian Imam junaid berkata lagi "Maka Allah memberi manfaat kepada saya dengan kalimat-kalimat ini(3 kalimat yang dikatakan oleh pakciknya) sepanjang hidup saya(dengan berkat saya sentiasa mengamalkan kalimat-kalimat tadi), Setiap kali saya ingin melakukan sesuatu maksiat....saya akan teringatkannya(3 kalimah tadi) lantas saya tidak jadi hendak melakukan maksiat kepada-Nya seketika itu juga!.....



Maka lihatlah bagaimana Imam Sariy As-Saqoti mentalqinkan(memberitahu/menyatakan) kepada anak muridnya(dalam masa yang sama anak saudaranya) Maqam Muroqobah(tahap dimana seorang hamba beribadah sambil merasakan Allah sangat-sangat dekat dengan dia & Allah Maha Melihat semua tindakannya), kerana maqom ini akan menyampaikan dia kepada Maqom Musyahadah Hati(tahap dimana seorang hamba beribadah kepada Allah dalam keadaan dia melihat Allah,& Maqom ini tinggi kedudukannya).....Ini adalah kisah yang ditulis oleh Al-Hafiz As-Sayyid Abdullah Al-Ghumari di dalam kitab beliau yang bertajuk "Al-I'laam Bi Anna At-Tasawwuf Min Syari'atil Islam".Kisah ini saya terjemahkan dari kitab beliau ini,yang mana kitab ini mensyarahkan maksud Al-Ihsan dalam Hadis Saidina Jibril A.S(Hadis ini digelar hadis Saidina Jibril oleh para ulama kerana didalam hadis ini ada menyebut Saidina Jibril menyerupai seorang lelaki serta bertanya kepada Rasulullah S.A.W pelbagai soalan-soalan yang berkaitan dengan Iman,Islam&Ihsan lalu Rasulullah menjawab soalan-soalan tersebut sambil Saidina Jibril mengiyakannya.& kemudian Rasulullah S.A.W memberitahu sahabat Baginda bahawa yang datang tadi adalah Saidina Jibril yang datang untuk mengajarkan Ilmu kepada para Sahabat) yang mana didalam hadis tersebut Al-Ihsan itu ada 2 intipati penting iaitu Maqom Muroqobah & Maqom Musyahadah......dan cerita ini menyatakan betapa pentingnya Maqom Muroqobah di awal permulaan seorang hamba dalam mendekatkan diri kepada Allah sebelum dia dikurniakan maqom yang lebih tinggi lagi oleh Allah iaitu Maqom Musyahadah Hati(disebut dengan musyahadah hati kerana musyahadah ini hanya diberikan kepada hamba-Nya dengan nisbah hati,kerana orang Mu'min akan dapat melihat Allah secara zahir hanya di akhirat kelak,manakala Musyahadah Haqiqi mengikut pendapat ulama',musyahadah jenis ini hanya diberikan kepada seorang sahaja Hamba-Nya di dunia ini iaitu Saidina Rasulullah S.A.W.....Wallahu A'laam).


Dan berdasarkan kisah ini saya teringat kata-kata salah seorang dari syeikh kita semua(Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki)di dalam salah satu kuliah beliau yang sempat saya ikuti secara jauh...beliau berkata "Kalau hendak menjadi Alim...duduk bersama(belajar)orang-orang yang Alim.Kalau mahu menjadi orang yang dekat di sisi Allah....duduk(bersahabat & minta nasihat) dengan orang-orang yang dekat di sisi Allah.Kalau ingin diri menjadi mulia....maka duduklah(bersahabat)di samping orang-orang yang mulia..."Begitulah kata-kata beliau seingat saya....& dari kisah Imam Junaid Al-Baghdadi tadi,maka kita dapati ada benarnya kata-kata Syeikh Nuruddin....kerana Imam Junaid datang kepada pakciknya(dalam masa yang sama gurunya juga)untuk meminta bimbingan & nasihat dari orang-orang yang dekat dirinya dengan Allah S.W.T.....


Sebab itu para ulama' amat menekankan konsep dengan siapa kita belajar & dari mana kita mengambil Ilmu lebih-lebih lagi Ilmu agama....kerana ia memainkan peranan penting kepada pemikiran & Ilmu kita.Adakah Ilmu itu benar @ salah....kalau benar macamana pemahamannya pula....mestilah dengan cara pertanyaan & perbincangan dengan guru kita itu....Sebab itu mereka amat menekankan kepada generasi sekarang agar mencari & mendampingi(belajar) dari guru-guru yang bersifat Mursyid(lurus petunjuknya) & yang dekat dengan Allah S.W.T.....


Seperti kata salah seorang tabi'en yang terkenal Syeikhul Islam Al-Imam ibn Sirin R.A(beliau anak seorang wanita yang bekerja di bawah Ummul Mu'minin Ummu Salamah R.A,& Sirin itu pula adalah nama ibu beliau) dalam salah satu kata-kata beliau yang mahsyur..."Hadis ini(apa saja yang datang dari Saidina Rasulullah S.A.W,untuk diajarkan kepada manusia dari sumber Al-Quran & Sunnah,kerana kedua-duanya ini adalah Usul Agama)adalah agama(iaitu apa yang wajib keatasnya untuk diimani & dipercayai),maka lihatlah kamu semua dari siapa kamu mengambil agama(ilmu-ilmu & kepercayaan)kamu..."Maka terus saya teringat penerangan dari guru kita Syeikh Husni pada "Dauroh Syamail Muhammadiah" semasa beliau mensyarahkan maksud athar Tabi'en ini....Beliau berkata"Sebab itu sebelum kamu semua belajar dengan mana-mana gurupun....pertama-tama sekali lihat siapa guru kamu itu....kalau belajar dengan guru yang Muktazilah....jadi Muktazilah dia.Kalau berguru dengan gurunya itu Syiah....jadi Syiah dia.Kalau berguru dengan Wahhabi(segelintir golongan yang mengaku memahami betul jalan Salafunas Soleh,tetapi kadang-kadang mereka radikal dalam pemahaman & pemikiran..Wallahu A'laam)....maka akan jadi Wahhabi dia..."Ketawa kami semua dengan kalimah yang terakhir itu tetapi apa yang beliau cakapkan itu ada benarnya.Mudah-mudahan Allah mensuhbahkan kita dengan guru yang mempunyai petunjuk yang lurus & dekat ahwalnya kepada Allah S.W.T....Perkenankanlah doa kami ini Ya Allah...



Akhir kata....moga-moga kisah ini dapat memberikan kita manfaat & faedah yang besar kepada kita semua untuk menjadi hamba Allah yang kalau dia bercakap...cakapnya didengari.Kalau memberi nasihat...nasihatnya diikuti.Kalau bersama dengan orang ramai...dirinya disenangi & kalau berdoa kepada Allah...InsyaAllah dimaqbuli.Kerana sifat-sifat ini adalah sifat orang-orang dikasihi oleh Allah & rapat dengan-Nya...mudah-mudahan kita semua tergolong di dalam golongan-golongan yang dikasihi Allah....Kadang-kadang hanya dengan membaca kisah orang-orang soleh saje, dapat menjadikan seseorang itu tergolong dalam hamba-Nya yang soleh serta dinaikkan darjat disisi-Nya....Kerana Allah S.W.T kalau hendak menjadikan seseorang hamba itu menjadi salah seorang dari Auliya'-Nya,maka perkara itu amat mudah sekali bagi-Nya.Dan kalau Allah S.W.T hendak menghinakan & menjatuhkan seseorang itu menjadi salah seorang dari yang Dimurkai-Nya,maka perkara itu pun amatlah mudah Bagi-Nya.....& saye meminta maaf kalau ada terjemahan kisah di atas yang tidak tepat mengikuti kefahaman dari anda sekalian yang pernah membaca kisah ini...kerana memang adat manusia yang haqiqatnya lemah di sisi Allah S.W.T itu selalu salah @ kadang-kadang tersilap dalam melakukan sesuatu perkara....padahal semuanya itu datang daripada Allah jua haqiqatnya.....Wallahu A'laam....



Semoga jumpa lagi di lain masa & doakan saye ye kawan-kawan.....Assalamualaikum!





"Ketika menyebut nama orang-orang soleh akan turun rahmat....." - Al-Hafiz Sufyan ibn Uyaynah.



Rujukan:
1) Al-I'laam Bi Anna At-Tasawwuf Min Syari'atil Islam - Al-Hafiz As-Sayyid Abdullah Al-Ghumari.Cetakan Maktabah Al-Qaherah,Mesir.
2)Al-Mawahib Al-Muhammadiyyah Bi Syarhi Syamail At-Tirmiziyyah - As-Syeikh Sulaiman Bin Umar Bin Mansur Al-'Ajili Ma'ruf(lebih dikenali dengan) Bi "Jammal".Cetakan Darul Kutub Ilmiyyah,Beirut(Lubnan).
3)Kuliah-kuliah & Dauroh Syeikh-syeikh(mana-mana yang sempat pergi & teringat - So jangan marah kawan-kawan....hihihihi...)

Khamis, 12 Ogos 2010

You All Just The Best I Ever Had...

Sudah 4 hari saye berada di rumah...rindu kepada orang tersayang sedikit sebanyak terubat.Yelah...sebelum pulang ke Malaysia,bermacam-macam perkara yang saye telah fikirkan.Adakah mereka-mereka yang saye tinggalkan telah berubah?...atau mungkinkah mereka mengenali saye lagi seperti dulu...atau saye yang tidak mengenali mereka kerana dek terlalu lama meninggalkan Malaysia...


Saye juga sempat memikirkan tentang benda-benda yang ingin saye lakukan apabila sampai di sana kelak.Firstly,rase macam nak terus je balik kat kampung Muar.Ntah macam mane la keadaan Muar ni skarang....adakah sudah banyak berubah & bertambah maju?atau kekal seperti dulu tanpa mengalami sebarang perubahan?Sesekali rindu jugak nak tengok Sungai Muar mengalir tenang kebiruan.Saye teringat zaman kecil dahulu...kebiasaannye saye & sepupu tidak akan tidak akan tidur sampai subuh pada malam Hari Raya pertama.Mak,mak long,mak ngah,mak uda,mak lang,maktok dan yang lain-lain sibuk membuat persiapan Hari Raya....manakala kami sibuk bercerita berbagai-bagai topik.Dan diantara topik-topik tersebut tentang mitos Sungai Muar yang dikatakan ade wujudnya Naga didalam sungai tersebut...katenye ia asalnya seekor ular sawa besar duduk dibawah pasar memakan bangkai-bangkai ayam yang dicampak ke dalam Sunagi Muar...lama kelamaan ular tersebut menjadi bertambah besar kerana tiap-tiap hari mendapat ayam percuma...maka nak dijadikan cerita ade orang yang ternampak kelibat ular yang sangat besar tu di tepi Sungai Muar yang berdekatan dengan pasar...lalu hebohlah cerita ini di sekitar Muar mengatakan di Sungai Muar berdekatan dengan pasar ade seekor naga besar...& satu lagi cerite yang tak dapat saye lupakan,dikatakan jambatan panjang yang menghubungkan antara Bandar Muar & Tanjung Agas memerlukan korban manusia supaya tidak runtuh...& yang menjadi korbannye adalah manusia yang jatuh mati lemas di Sungai Muar (lebih kurang same dengan cerite Sungai Nil je)....bile terinngatkan semua cerite-cerite ni saye tersenyum sendirian....hihihi....macam-macam kenangan zaman kecil-kecil dulu semase balik ke Muar.


Brangan punye brangan,tau-tau hari nak balik ke Malaysia dah dekat.Dahla sebelum tu dalam dilema nak balik ke tak sebab banyak benda yang tak selesai lagi disini....tapi disebabkan ayah & mak,atuk & nenek nak jumpe....so kene la balik.Bukannye ape,takut-takut tak balik kang kot tak dapat lagi melihat wajah atuk yang sudah berumur 83 tahun...bile nak balik,menggelabah la nak beli barang-barang yang nak dibawa sebagai ole-ole kepada semua orang di Malaysia....


Hari yang ditunggu-tunggu pun tibe...flight saye pukul 2.05 petang (waktu Mesir),tapi bertolak dari rumah ke Cairo Airport pukul 12 tengahari...sampai je kat Airport ramai kawan-kawan dah ade kat saner....selepas jumpe diorang terus je masuk untuk Check-In....timbang punye timbang barang-barang saye dah lebih had yang ditetapkan oleh Ettihad Airways.Kemudian Zikri yang balik dengan saye suruh saye keluarkan sedikit barang-barang saye supaya ringan sedikit...& then timbang balik untuk kali ke-2....lebih jugak tetapi tak la macam timbangan yang pertama tadi...kemudian saye cakap kepada Zikri "Takpelah Zikri,kalau macam ni den tunggu Jiman & Aizal je la untuk buat grouping...mane la tau kot-kot dapat tampung berat beg ni..."Zikri pun ok je.Tunggu punye tunggu budak 2 orang nih,rupe-rupenyer diorang jam dalam perjalanan nak ke Airport...natijahnye...diorang lambat Check-In & tak dibenarkan masuk....saye pulak bertambah malang tak dibenarkan meneruskan flight atas alasan lambat Check-In.Puas la saye sambil dibantu oleh Zikri merayu untuk nak flight hari tu jugak.Akhirnye Zikri terpaksa meniggalkan saye berseorangan kerana die takut akan terlepas flight.Die nampak sedikit kesal kerana gagal untuk membantu saye mendapatkan flight untuk balik bersama.Selepas tu,pegawai disitu suruh saye ambil barang-barang saye & suruh saye cari hari lain untuk flight seterusnye....geram jangan cakap la...dah la tak nak tolong siap cakap macam tu pulak lagi....trima kasih la kan kat pegawai yang baik hati ni.Lpas tu,saye pergi la merayu sorang-sorang kat pegawai bertugas lain plak ngan harapan dapat naik flight hari tu jugak...cakap punye cakap....merayu punye merayu....die cakap boleh flight tapi tunggu sini dalam sejam lagi sebab flight pukul 5 petang ade...huh Alhamdulillah la ade flight lain hari ni.Tepat jam pukul 3 petang sayer tengok Jiman & Aizal masuk untuk Check-In & nasib kiteorang ni serupa kerana termasuk dalam senarai Waiting List (belum tentu dapat naik lagi,kalau ade kosong baru boleh naik flight).Tunggu punye tunggu...pukul 4 petang pegawai tadi tu memanggil saye,Jiman & Aizal untuk naik flight pukul 5 petang.kami dikenakan denda sedikit kerana barang saye & Jiman melebihi had.Selepas membayar denda kami cepat-cepat Check -In & akhirnya kami bertiga dapat flight juge pada hari tu.Setelah 4 jam duduk di dalam kapal terbang,pukul 9 malam (waktu di UAE) kami tiba di Abu Dhabi sebab transit di sana.Jumpelah balik Zikri & kawan-kawan yang lain di tempat transit tu.Zikri nampak macam terkejut sebab die ingat kiteorang akan balik pada hari lain.Die tanye macamane boleh dapat flight hari ni jugak & kami ceritekan apa yang terjadi....& saye cakap kat die ni mungkin sebab doa die supaya kami dapat naik flight hari ni jugak.


Pukul 2.45 pagi (waktu UAE),kami semua naik flight untuk ke Kuala Lumpur.Dalam flight tu terfikir la jugak pasal kejadian di Mesir petang tu yang mungkin hikmahnye Allah Ta'ala saje yang Maha Tahu...& saye bersyukur juge dapat naik flight untuk pulang ke Malaysia.


Perjalanan ke Kuala Lumpur mengambil mase selame 7 jam.Letih jugak saye duduk sesaje dalam flight tu.Nasib baik la ade makanan sedap & movie yang membuatkan saye tak terasa boring sangat dalam flight tu.Jam saye dah menunjukkan pukul 10 pagi.Lantas saye tanye Jiman kenapa kita sampai awal dari yang dijangkakan?Pelik la jugak kan sebab dalam tiket cakap sampai Malaysia pukul 2 petang.Ingat punye ingat...rupe-rupenyer jam saye ni tak tukar lagi waktu pada jam saye (masih mengikut jam waktu Mesir).Hihihihi...tegelak sorang-sorang lagi saye.


Sampai je kat Arrival Gates KLIA,Jiman & Aizal dah ade orang yang menyambut mereka...tertanye-tanye la jugak mane mak & ayah ni?Diorang lupe ke saye balik?Lpas tu mak Jiman bagi pinjam Handset die suruh call mak & ayah.Rupe-rupenyer mereka ade di rumah pakcu yang berdekatan dengan KLIA.Ayah cakap pakcu telifon kawan die tanye bila flight Egypt Air landing.....& mereka semua ingat saye naik Egypt Air padahal saye naik flight Ettihad Airways...padan muke saye sebab masa sms keluarga hari tu saye tak beritahu mereka apa flight saye...hihihihi.


Singgah sekejap dekat rumah pakcu untuk solat Zuhur & Asar,kemudian terus balik ke Kuala Pilah sebab malam tu jugak ade Kenduri Doa Selamat bertepatan dengan pulangnya saye ke Malaysia.Ramai saudara-mara yang datang pada malam tu & rindu saye kepada mereka terubat jua.Dapat la melihat wajah atuk,wan teh,pak lang,pak teh,pak andak,pak mad & semua wajah-wajah yang saye bercita-cita untuk melihatnya sejak sekian lama berada di Mesir.Saye menyatakan rindu saye kepada mereka semua & mereka pun begitu....Barulah saye tau di dunia ini walau pun kite menganggap orang di sekeliling kita tidak sukakan kita,atau tidak ada orang yang ingat & menghargai kita,maka ketahuilah Allah Ta'ala tetap menyediakan untuk kita orang yang sentiasa akan menyayangi kita & sentiasa menghargai kita di dunia ini.Jadi janganlah kita merasa kita tidak disayangi & dihargai kerana sentiasa akan ada insan-insan yang menyayangi diri kita walau di mana kita berada...Akhir kata dari saya,sentiasalah kita menghargai diri kita & orang yang menyayangi kita di dunia ini.Buat semua orang yang mengenali,menyayangi & menghargai saye....You All Just The Best I Ever Had.....Ceh dah macam lagu Vertical Horizon je bunyinye....hihihihi otter skit je.....ok,jumpe lagi.Wa Billahi Taufiq.....Wassalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh!

Selasa, 27 Julai 2010

Assalamualaikum....


Assalamualaikum & salam Ukhwah dari saye kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali saye secara langsung atau tidak.Laman ini dibuat untuk kita sama-sama mengambil manfaat & berkongsi sedikit tentang ilmu-lmu serta pengalaman-pengalaman hidup.Jikalau ade benda-benda disini yang tidak anda sukai atau menyakitkan hati maka saye memohon jutaan maaf kepada anda semua tanda persahabatan saye & anda.Sebarang komen-komen & teguran-teguran yang membina dari anda amat saye alu-alukan.Semoga laman ini mengeratkan lagi hubungan sesame kita sebagai saudare seislam walaupun dimana saje kite berada....Akhir kata dari saye,semoga anda semua sentiasa ceria & bahagia dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran.ok....jumpe lagi nanti.
Related Posts with Thumbnails